Assalammualaikum,
Saya cerita sikit pasal KURMA! Ramai yang tak tahu yang sebenarnya saya ni tak makan kurma.. hurmmm, reason? Sebab bentuk dia macam lipas... Haihhh, sorry laa... Imagination saya terlalu TINGGI! HAHAHA!
Tapi start tahun ni, saya dah pandai makan kurma... Lepas arwah ayah saya buat UPAH HAJI, orang yang tolong buatkan upah haji tu bagi :-
- kismis
- kurma
- doa harian
Semua benda di atas ni diterbangkan dari Mekah ke rumah saya :3 Saya memang suka kismis tapi tidak pula
menyukai kurma... Walau bagaimanapun, ibu saya paksa jugak saya makan... Katanya, "Ambil berkat"... Saya pun "ngapp" la kurma tu... Then saya pun cakap, "sedap jugak kurma ni... Kenapa la selama ni tak pernah nak makan kurma yang manis ni?!"... Kesedaran saya tu membuatkan saya "ketagih" nak makan kurma... Haaa, baru saya tahu kemanisan ciptaan Allah... Bulan Ramadhan ni laaa, baru jumpa balik kurma ni...
Extra info :
Asal usul buah kurma
Rujuk Surah Ar-Rahman ayat 68 yang bermaksud " Di dalam syurga itu ada buah-buahan, ada phon-pohon kurma dan delima"
Maka kurma adalah buah dari syurga seperti juga Air Zam-zam yang berasal dari syurga.
Makanan yang datang dari syurga mempunyai 1001 khasiat.
Kurma menu terbaik
Menurut satu hadis nabi " makanan yang terbaik adalah kurma dan susu" (ibu tak perasan pulak periwayat hadis ini)
Menurut Ustaz Fauzi, semasa berpuasa, gula dalam makanan yang diambil semasa berpuasa hanya bertahan sleama 6jam sahaja. Maka, sebab itu kita akan merasa letih selepas 6jam. Disunatkan berbuka dengan buah kurma kerana kurma memberi tenaga dengan segera.
Gula dalam makanan lain, akan bertukar menjadi tenaga selepas diproses dalam badan selepas 2-3 jam. Tetapi kurma hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk bertukar menjadi tenaga.
Khasiat kurma
Menurut Ustaz Fauzi, kurma ini mempunyai seakan-akan hormon. 2 hormon yang dimaksudkan adalah hormon oksitosin dan estrogen.
Kurma dikatakan mempunyai hormon oksitosin kerana
1. Ianya membantu proses kelahiran
2. Mengurangkan pendarahan dan membantu melancarkan darah nifas
3. membanyakkan pengeluaran susu
4. Melembutkan hati - untuk anak dan ibu bapa
5. Membakar dan menyemarakkan kasih sayang
Estrogen
1 membantu pembinaan tulang
2. mengekalkan struktur payudara
3. menyihatkan kulit, otak, urat saraf
(kiranya untuk kesihatan fizikal)
Kajian di atas dilakukan oleh Saintis yang bernama Jamil Al-Qudsi (kalau tak silap ibu)
Kurma juga dapat membantu mencegah kanser.
Ada satu kajian dilakukan di Gurun Sahara dan didapati penduduk di situ kurang mengalami masalah kanser dan di dapati rata-rata penduduk di situ menanam kurma dan memakannya. Ini kerana di dalam kurma terdapat mineral selenium dan magnesium yang berupaya mencegah kanser.
Sebenarnya dalam kurma itu sendiri banyak vitamin dan mineral antaranya glukosa, zat besi Vitamin A, Vitamin B, potasium, kalsium, kalium, Riboflavin dan macam-macam lagi (boleh google untuk tengok kandungan kurma)
Banyak hadis juga menceritakan tentang khasiat kurma
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Menurut Ustaz Fauzi, kurma yang dimaksudkan adalah kurma Ajwa. Sebab tu harga kurma Ajwa sangat mahal kira-kira RM100/kg.
Dan Rasululullah juga pernah bersabda " rumah yang tidak mempunyai kurma, umpama rumah yang tiada makanan"
sumber: Kak Hana's blog
Teehee,
Ainyna
No comments:
Post a Comment